Lirik teks Qasidah Farthil Hubb versi Al Muqorrobin Kendal
Halo sobat hadroh di internet, kali ini saya akan membagikan lirik lagu terbaru dari group hadrah al muqorrobin Kendal, sholawatnya berjudul Farthil Hub. Qasidah ini karya Ustadz Neezem al banjari dan di bawah oleh kang toni al muqorrobin Kendal. Buat kamu yang sedang mencari lirik lagu farthil hub ini bisa di simak di bawah ini.
♪ Lirik Qasidah Farthil Hubb & by Ustadz Neezam Al-Banjari ♪
Duhai (semua para sahabat) muridku dan sahabat, Teruskanlah berselawat,
Hingga matamu dapat melihat, CahayaNya Nabi Muhammad,
Majlis selawat bukan hiburan, Bahkan merebut RahmatNya Rohman, Kurangnya Murobbi akhir zaman, Banyak selawat kan menyampaikan
Percayakan para Siddiq, Yang bercerita dengan Soddiq, Jiwanya tersangat Asyiq,
Kisah bertemu Ni’mar Rofiq
Dengan benarkan kisah mereka, Serta selawat siang malamnya, Hingga tiba disuatu masa,
Dikau sendiri akan merasa
Undanglah kami Ya Rasulallah
Undanglah kami Ya Habiballah
ﷲ لوﺳر ﮫط ﻰﻠﻋ ﷲ مﻼﺳ ﷲ ةﻼﺻ ﷲ بﯾﺑﺣ سﯾ ﻰﻠﻋ ﷲ مﻼﺳ ﷲ ةﻼﺻ
MelihatMu saat berjaga, Menjadikan cinta menggila, Kakiku ingin berlari sama, Terasa berat pulang ke dunia
Dunia ini tiada nilainya, Walau sebesar sayap nyamuknya, Bagindalah Ainul Wujud, Wasababul Kulli Maujud
Mata seakan ingin membuta, Supaya tidak lihat selainNya, Selepas yaqazahMu dikurnia, Biar menjadi penutup mulia
Undanglah kami Ya Rasulallah
Undanglah kami Ya Habiballah
ﷲ لوﺳر ﮫط ﻰﻠﻋ ﷲ مﻼﺳ ﷲ ةﻼﺻ ﷲ بﯾﺑﺣ سﯾ ﻰﻠﻋ ﷲ مﻼﺳ ﷲ ةﻼﺻ
Mata seakan ingin membuta, Supaya tidak lihat selainNya, Selepas yaqazahMu dikurnia, Biar menjadi penutup mulia
Hati ingin tinggal segala, Apa dimiliki di dunia, Kerana segala-galanya, Diciptakan untuk Baginda
Sebelum lena ku terkenang, Air mata terus berlinang,
Didalam mimpi terbayang-bayang, SenyumanMu masih terngiang
Saat berjaga dari mimpinya, Hati terus tertanya-tanya, Kenapa ku masih di dunia, Walhal kekasihku di sana
Adakah mata punyai hasrat, Melihat selain Nabi Muhammad, Selepas susukNya ku tatap, Moga diriku dapat mendakap
Apakah masih punyai niat, Ingin hidup sepanjang hayat, Sesudah cahayaNya dilihat, Ingin dijemput lebih cepat
Kiranya Tuan sudi bertemu, Inilah janji dari perindu, Hantarkanlah perutusanMu, Labbaika Ya Kekasihku
Kiranya Tuan sudi bertemu, Inilah janji dari perindu, Hantarkanlah 'IzrailMu, Labbaika Ya Kekasihku
Duhai muridku dan sahabat, Teruskanlah berselawat, Hingga matamu dapat melihat, CahayaNya Nabi Muhammad,
Jika syurga ada pintunya, Begitulah pintu Baginda, Murobbiku yang berjasa, Sidi Badawi Babul Mustofa
Air mata menggambar rindu, Sayu suara terjemah ruhku, Betapa rindu pada Nabimu, Moga ruhku selalu bertemu.
====================== ﷲ لوﺳر ﮫط ﻰﻠﻋ ﷲ مﻼﺳ ﷲ ةﻼﺻ ﷲ بﯾﺑﺣ سﯾ ﻰﻠﻋ ﷲ مﻼﺳ ﷲ ةﻼﺻ
Manakan mungkin dapat lari, Dari mengingatimu Nabi, Jika amalan setiap hari, Ialah sunnah baginda Nabi
Manakan mungkin hatiku sunyi, Dari limpahan rahmatMu Rabbi, Jika lisanku setiap hari, Berselawat padamu Nabi
Namamu kan terus terpahat, Dihatiku wahai Sidna Muhammad, Moga lisanku terus selawat, Hingga saat dijemput malaikat
Akan tetapi terimalah, Jasadku yang semakin lemah, Izin padanya dapat ziarah, Kuburkan dia di Madinah
Akan tetapi terimalah, Suaraku yang semakin lemah, Izin padanya terus berqasidah, Jadikan dia pemuji di Jannah
Agar ruh beroleh syafa'ah, Dari penghulu bumi Madinah, Hadirlah ya Rasulallah, Saatku di alam barzakh
Undanglah kami Ya Rasulallah
Undanglah kami Ya Habiballah
MUSIK VIDEO FARTHIL HUB – AL MUQORROBIN KENDAL
Tag : Qasidah Farthil Hubb, Lirik Qasidah Farthil Hubb, Download lagu Farthil Hubb, Lirik Teks Farthil Hubb lengkap, Lirik Sholawat Farthil Hubb versi al muqorrobin
0 Response to "Lirik teks Qasidah Farthil Hubb versi Al Muqorrobin Kendal"
Post a Comment